kerana aku ada ayah

Monday, December 19, 2011




malam itu
ayah meneman aku pulang
kerana sayang
hilang rasa bimbang
biar jelak di mata orang
sempurna sudah
kerana aku masih ada ayah
ubat hati yang resah
sayang ayah tak pernah goyah
kasih melimpah
hati rasa bertuah
kerana aku ada ayah




ku rindu sentuhanmu ku damba sentuhanmu tiada lain yang ku inginkan hanyalah hanyalah sentuhanmu

yang paling saya sayang
yang paling saya rindu
selamanya

kembali menjahit

Thursday, October 13, 2011

daripada baju, langsir, cadar, alas dulang hinggalah ke kain lap kaki, mak ada kelasnya yang tersendiri. hasil tangan mak tiada tandingan, sekurang-kurangnya di hati saya. saban tahun mak pastikan anak-anaknya ke sekolah dengan baju hasil jahitannya. yang saya pasti, mak sulami jahitannya dengan doa agar anak-anaknya diberkati dengan ilmu yang diajar di sekolah. saya amat yakin, saya menjadi saya pada hari ini atas doa-doa yang tidak pernah putus itu.

mohon padaMu Ya Allah, ajari aku untuk aku solehkan diri ini... agar doaku sampai kepadanya di sana. mohon Ya Allah.


jahitan leher - mata lalat

yang pertama sekali mak ajar. sebaik saja mahir, saya ambil alih tugas mak yang satu ini. 

buku

Monday, October 10, 2011

kata mak, 'anak-anak harta mak dunia akhirat'.

di kala mengemas barang-barang peninggalan mak, perasaan bercampur aduk. sayu, gembira, terharu. peninggalan mak bukanlah wang ringgit. bukan juga rumah agam apatah lagi tanah pusaka. peninggalan mak adalah buku-buku. ada antaranya tercatat 'untuk aku dan anak-anakku'. mak persiapkan kami dengan ilmu. mak tinggalkan ilmu untuk kami. kerana mak tahu. itulah jambatan penyambung ke dunia sana. antara yang tiga.

kami anak-anak mak. kami beruntung.

terima kasih mak.
buku kanak-kanak. saya bukan lagi kanak-kanak. tapi saya teruja

mak pandai geografi. saya mahu sepandai mak

kerana saya suka manuskrip

kerana kerja saya yang satu itu

saya graduan madrasah NORMAH

Sunday, October 9, 2011

berbanding dengan jawapan-jawapan 'tanpa fikir' saya sebelum ini, kali itu saya menjawab saya graduan madrasah NORMAH.

pastinya pada yang bertanya, madrasah ini tidak setanding oxford ataupun harvard. kerana madrasah ini tiada tandingannya. madrasah ini hanya untuk yang terpilih. bukan pilihan manusia. tapi pilihanNya. saya terpilih. saya bangga saya terpilih. saya syukur saya terpilih.


kisah ini kisah saya, seorang graduan madrasah NORMAH. yang sentiasa rindukan didikannya... yang sangat tamakkan didikannya... yang masih lagi ingin dididik olehnya... mahu saya untuk amalkan ilmu yang dicurahkan hingga ke akhirnya... moga-moga sampai ke seberang sana, untuknya.